anak-anakku sayang

anak-anakku sayang
anak-anak ku sayang

Sunday 16 December 2012

cuti-cutieee

Erm,,, hari ni genap 3 hari bercuti daripada interaksi di maktab. Wah best cuti ni tapi kat kepala ni banyak sangat nak difikirkan. Macam-macam ada. But the main for now i want have holiday with my family. Althought only at home but i'm still happy.haha broken english..  Yang pasti cuti kali ni sangat best sbb bersama dgn dua permata hatiku yang dah pandai minta itu ini. Si abang dah pandai ajak sama- sama tgk tv atau ajak main bola sama.Si adik pula tak nak berenggang asyik nak dukung je. huhu,  tak menang tangan pulak rasanya.

Friday 7 December 2012

Dialog Antara Agama

Fenomena Debat Dan Dialog Kristian: Satu Amalan Yang Dilupakan.
Mahmud bin Ahmad
Nora Waheeda binti Abdul Rashid

Abstrak
Sejak di zaman Rasulullah S.A.W dialog antara agama telah menjadi medan dakwah Islamiyyah yang sangat efektif kepada agama Islam. Amalan perbahasan antara agama samada di atas pentas dialog, debat, forum dan sebagainya telah terus menjadi metod dakwah oleh para sahabat baginda Rasulullah S.A.W dan menjadi kesinambungan proses dakwah oleh para ulama silam sehingga ia menjadi ikutan para ulama kontemporari. Ini kerana dengan adanya pentas debat dan dialog antara agama ‘membenarkan’ pembahas dan pendengar mempersoalkan perkara-perkara yang berkaitan teori dan amalan sesuatu agama atau ajaran tanpa perlu rasa bimbang terhadap isu yang boleh menimbulkan sensitiviti dan emosi. Malah medan dialog antara agama mampu memberi kesan sehingga mengubah secara ‘drastik’ prinsip dan pegangan yang selama ini dianuti oleh seseorang ini tidak dilihat berkembang secara menyeluruh, khususnya dalam konteks negara Malaysia. Justeru, kajian ini akan melihat itu. Dewasa ini metode debat dan dialog antara agama yang menjadi kaedah dakwah Islamiyyah hampir tidak lagi diberikan keutamaan oleh pendakwah Muslim di Malaysia. Isu-isu seperti khuatir dengan tentangan masyarakat samada penganut agama Islam atau bukan Islam di samping institusi ilmuan yang kurang memainkan peranan menjadi antara faktor mengapa proses ini tidak dilihat berkembang secara menyeluruh, khususnya dalam konteks Negara Malaysia.Justeru, kajian ini akan melihat sejauhmana persepsi masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap ‘keterbukaan’ debat dan dialog antara agama. Apakah pertikaian berhubung doktrin sesuatu agama boleh menjejaskan keharmonian di dalam sesebuah masyarakat dan negara sehingga pembawakan siri-siri kuliah agama samada di media atau di institusi agama di Malaysia kurang memberikan perhatian terhadap pendekatan debat atau dialog yang bersifat terbuka. Sehubungan itu, kajian ini juga akan cuba mengemukakan agensi-agensi yang pernah atau masih berperanan menjalankan aktiviti seumpama ini secara berterusan disamping mengemukakan skop dan peranan media dalam membangunkan salah satu metod dakwah ini